Ecodinamik: Bengkel Eco Printing
25 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2024 bersamaan hari Ahad, NADI Batang Melaka telah membuat Ecodinamik: Bengkel Eco Printing anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dengan kerjasama JPKK Batang Melaka, KRT Pekan Batang Melaka, KRT Kg. Hulu dan KRT Kg. Hilir.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mempromosikan bidang kemahiran, terutamanya jahitan kreatif, dalam komuniti dengan matlamat membantu mereka mencari peluang rezeki dan membina kehidupan yang lebih baik.
Antara aktiviti yang dibuat adalah:
• Taklimat daripada Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia
• Demo Eco-Printing – Beg Tote Eco Printing
• Taklimat Home-based Business
• Kepentingan Online Marketing dan cara mengaplikasikannya
• Perkongsian Teknologi Terkini Mesin Sulam Berkomputer
• Demo Natural Dye & Jahitan Mudah Siap – Natural Dye Tissue Pouch
Bengkel Eco Printing ini memberikan peluang kepada peserta untuk memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang jahitan kreatif sambil mempromosikan kelestarian alam melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi dan amalan perniagaan yang mesra alam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: